Sunday, August 21, 2011

New Entry New Number.. :)

Hampir 2 tahun aku menghidap SLE dan hampir 2 tahun jugak lah aku mengalami perubahan fizikal yg agak mendadak.. Xpa, aku redha.. bagi aku Allah bagi ujian ney kt aku sebab dia nak aku berubah dan Allah jugak pilih aku sebab dia taw aku adalah insan yg terpilih dan aku jugak layak utk di uji.. so dlm kes ney aku ney dikatakan special la jugak.. bukan takat special tapi aku jugak sorg yg kuat and tabah utk berhadapan dgn SLE ney.. Harap2 aku ada kekuatan jika aku terus di uji.. InsyaAllah.. 

Walaupun SLE aku x seserious kawan2 aku yg len, tapi aku tetap kena makan ubt mcm depa.. Steroid yg bnyk telah membuatkan aku yg debab ney lagi bertmbah debab.. HCQ yg sebabkan kulit gelap menambahkan lagi warna kulit aku yg sedia merah terpadam ney.. tapi xpa.. aku redha.. sebab nak sihat punya pasai aku sanggup telan ubt2 yg pahit tu.. supaya aku sembuh dan bleh hidup normal mcm dl.. mau2 xmau aku telan ubt pon dh hmpir 2 tahun aku menelan ubt2an yg pahit lagi x sedap tu.. ngee 

Dah debab2 cm ney, selalu gak dpt soalan.. “awt hg gemok fariha? , awt hg tembam terok sgt fariha?, dulu tgk hg len la ney awt hg len??  Dulu tgk masa sekolah hg slim elok ja.. la ney awt hg len? Hg xrindu badan hg masa sekolah ka? “

Dan jawapan aku.. “hahaha, nak wat cena.. ati senang.. aku ceni pon aku xkacau org.. “ (tu ja aku mampu jawab.. aku malaih nak bercerita pasepa aku ceni.. yg betul2 rapat ngn aku bru aku cita.. yg xrapat xpayah la.. buat hbs ayaq lioq ja.. hehehe )

Sumber kekuatan aku adalah mak and abah aku.. Thanks mak and abah sebab sanggup melayan karenah anak mu ini.. thanks jugak mak and abah sebab dh bnyk berusaha dan bnyak berikhtiar utk pulihkan aku.. Soal duit ney jgn ditnya la.. beribu2 dh hbs utk aku.. tapi depa xpernah pon merungut.. thanks mak and abah sebab sanggup menjaga aku ketika aku d hospital, sanggup tdo dlm kereta sbb nak jaga aku kat hsptl, sggup xmkn sbb nak bg aku mkn dl.. kalo xdak mak and abah aku x taw mcm mana keadaan aku skang.. mgkin jugak kalo xdak depa, skang aku dh down.. thanks mak and abah.. I love both of u so much.. u’re my everything.. (aishh sedey  aku tulis entry ney.. apa2 pon hargai lah mak ayah kita.. depa yg menjaga kita.. tgk la depa sggup berkorban apa saja asalkan anak depa sihat.. thanks skali lagi mak and abah.. ank mu ini xtaw mcm mana nak membalas jasa mak and abah..)

Sepanjang 2 tahun aku bersama SLE aku bersyukur sgt sbab aku xpernah relapse smpai kena duduk ward.. relapse aku sekadar dberi ubt tmbahan ja.. then back to normal.. normal cara org ada SLE la.. Aku bersyukur jugak SLE aku x seactive kwn2 aku yg lain.. Cuma kdg2 aku dlm pemerhatian doctor jugak.. ya la.. kena la cntrl.. kalo x cntrl tiba2 jd relapse yg teruk sp yg susah? Aku jugak.. doctor apatah lagi la.. dia lagi pening nak pikir.. hehe..  Sepanjang 2 tahun ney jugak, aku dah set mind aku supaya sentiasa positive.. bukan xda masalah yg mai.. mcm2 masalah mai.. tp aku bleh pikiaq sat ja.. pastu ok dah.. aku xmau pikiaq lama2 sbb nnti aku yg merana.. dh SLE ney cukup suka berkawan ngan stress.. kalo dia kwn ngan stress dia mmg akan active la.. bila SLE active aku la mangsa keadaan.. huhu.. xmau la.. sakit2.. so aku setkan mind aku supaya positive.. even xboleh aku bolehkan jugak.. aku pujuk diri aku supaya berfikir panjang dan jauh..  Alhamdulillah aku dpt mengawal tahap stress aku.. 

Bab cinta lak.. (haa ney bab menarik.. haha ) okey.. sblm aku ada SLE aku mmg ada some1 special.. tapi lepas dh ada SLE aku hnya bercinta dgn SLE.. some1 special aku, aku terpksa lepaskan dia.. mgkin jugak sebab cinta aku terhdp SLE lbh mendalam dan dahsyat.. haha..  ermm bukan aku xmau bercinta.. tapi aku pikiaq kalo keadaan aku yg mcm ney bleh ka owg tima aku? Depa mesti nak yg comei2 (tp comei mmg ada), depa nak yg slim2.. (tp aku dh debab), depa nak yg elok2 sja lah senang kata.. hmm.. lagi 1 aku pikiaq bila bercinta ney nnti frust la, sedih la, merajuk la, sakit hati la.. semua ney punca nak stress.. bila stress cik SLE giat berlegar.. Tapi aku xkata la aku xmau bercinta.. aku mau.. cumanya bukan masanya lagi kot.. aku nak org yg bleh terima aku apa adanya..and x pertikaikan apa yg akan berlaku kemudian hari.. itu sahaja.. fusstop.. 

Seronok lak berceloteh kat sini.. ya la.. kadang2 kt sini ja nak bleh cita apa nak cita pon.. nak cita kat org belum tentu owg nak dgq.. and belum tentu g owg leh tima..  kadang2 jugak aku kena marah ngn kwn2 sebab aku xcita kat depa masalah aku.. aku bukan xmau cita… tapi aku malas.. aku xska org simpati kat aku.. ya la.. aku nak org anggap aku normal.. tu pon dh ckup bg aku.. bg aku kalo kwn2 smpati.. aku yg jadi risau.. mana xnya.. depa dh risau kat aku, yg aku ney apatah lagi.. lagi double triple risau la.. bek wat biasa suda.. sory2 la kwn2.. especially kawan baik aku.. bukan xmau cita.. tapi aku xmau kwn2 aku wsau.. tu ja..

Al Fatihah buat kwn yg pergi menghadap Ilahi.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh depa.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Rasanya cukup la kot.. len kali tulis lagi.. mintak maaf la kalo guna bahasa yg agak kasaq..  len kali aku tulis entry menarik lagi.. adios J <3


Tuesday, August 9, 2011

Pejam x pejam..

Pejam x pejam, sama dgn caption kat atas.. ok pejam x pejam dah 2 minggu kita di bulan ramadhan yg mulia ney.. so far perjalanan puasa aku berjalan lancar.. dan harap2 akan terus lancar hingga ke penghujungnya.. Aminnnn!!

Ok! Masa awal puasa tu, around 4hb august la.. Aku ada appointment ngan specialist.. macam biasa la.. smggu sebelum tu amik darah and lepas pada tu baru jumpa doctor.. masa jumpa doctor keadaan under control, ALHAMDULILLAH :)


Thursday, July 28, 2011

All About.....

All about what ha? hehe.. nothing lah! suddenly thinking of something that i know it wouldn't be mine..
tapi mcm mana pon biaq la it happens smoothly even i know hanya boleh bermimpi..

ok harini 28 Julai..
- tadi pagi blood test.. sakit kot.. misi tu dok sembang2 jugak.. tp sekali cucuk, mak aii.. terbangun aku..
dah tu dok bt lawak lak soh gelak.. tapi xpa la aku gelak jugak walaupun berpura2.. seriously mmg sakit..
aku terpaksa rest sat tgn b4 driving.. selamat la ok.. then aku pon selamat sampai ke Office.. :))
p/s : tq makcik misi sebb buat sy sakit.. huhu

- while otw p Office boss aku lak msg.. ya la, aku janji kul 10 nk masuk office.. tapi kul 11 aku masih kat mCD.. having Breakfast alone.. hukhuk.. sedih meh.. sabor je la.. tapi.. sedang kusyuk dok makan tiba2 kwn aku mai bwk anak buah dia.. so, lepak skali ngn aku.. then we all having meal together.. so xda la bosan ngat.. leh gak sembang2.. :))

- sampai ja office, muka jadi merah padam.. ye la, cuaca agak panas lately.. dah naek buterfly.. comel ja merahnya.. xpayah nak  letak blusher.. hahaha :D

- next week appointment.. hope everything gonna b fine.. penat dah ulang alik hospital..

HOPE VERY HOPE.. AMIN!! :))

Wednesday, July 6, 2011

Lalalala ~~ ceritera praktikal student

Ok! Almost a month tak menulis kan? kan? hehe :)
so far my PRAKTIKAL pown dh sebulan.. sekarang masih lagi dlm proses menyesuaikan diri..
ya la, sapa yg tak cuak kan.. tak pernah2 nak buat keja2 tu semua tiba2 kat sana kena buat..
mcm2 la pikir dlm pala otak ney.. mana taknya kalau silap sikit nanti sapa nak berjawab.. aku? aku dh mmg
sah2 tak tau.. huhuhu.. tapi tak pa.. org tua2 kata LEARN FROM MISTAKE.. ngeee :))

Tapi kdg2 tak best la.. tak dak kawan.. huhu :( susahnya nak survive.. selamat la dibekalkan dgn PC.. kalau
tak mau keraih jugak la kan.. hee :S

Sunday, June 5, 2011

Allahu Akbar (Allah Maha Besar)

Esok 060611 aku dah nak start praktikal aku.. Hope semuanya berjalan dgn lancar, dan harap ALLAH bersama aku.. Aminnn... :)

Erm.. sedang2 beron9.. teringat kat kepala otak ney.. tentang sesuatu soalan yg sedang membelenggu fikiranku.. penat la pikir... penat sgt.. so aku xtaw nak luah kat sapa aku luah kat dlm Group SLE..


soalan yg aku tnya tu ada kat dlm pic ney..
p/s : soalan ney dtgnya dari seseorang.. sedih gila bila dia tnya mcm tu.. seolah2 aku ney xboleh je.. hukhuk :(

pada si dia.. saya tak kisah la if awak xboleh terima saya pon.. saya tawu siapa diri saya.. :)

Saturday, May 28, 2011

Sedang2 usha..

Tadi sedang2 on9.. buka wall Persatuan SLE.. mmg selalu dok buka.. Ada la sorg patient ney.. dia kena buat "Lumbar Puncture" (tu nama saintifik) kalau bahasa biasa kita ney nak kena ambil air tulang belakang..
Uwww... serammm aku dgq.. Dia punya procedure pun dah gerun nak tgkk.. Takutt... :(

Benda ney kena buat kalau penyakit tu xbleh di detect melalui ujian darah.. so kena la ambil air tulang belakang tu.. Mcm aku buat renal Biopsy dulu la.. kena ambil jugak sebab nak taw stage SLE aku.. Mula2 tu resah jugak la kan.. tapi lepas selesai semua.. alhamdulillah aku di tahap yg selamat.. Amin.. :)

Harap2 kawan SLE tu selamat lah nak buat procedure tu.. amin..

Ney pic yg aku leh upload..


Ney procedure "lumbar puncture"

ney procedure "renal biopsy"

Out of Mind..

"Semalam saya jatuh Cinta, Tetapi hari ini saya terpaksa lupakannya" -
Tu la ayat yang aku post kat Wall FB aku.. dah xtaw nak tulis apa lagi.. Setiap kali on9 mesti nak post something yg ada kaitan dgn tragisnya cinta ku.. huhuhu..



Ok lah! Abaikan yg tu.. Semalam jugak aku terlupa nak makan ubat.. TerMISSED.. bukan sengaja.. letih sgt travel jauh.. balik tu tertidoq.. Pagi tadi bangun mula sakit2.. Auchh.. :(

Sunday, May 22, 2011

Update!

Hmm.. sedang2 on9 fesbuk terbaca kat wall member aku sowg ney.. menarik jugak artikel dia.. Mcm kena ja ngn diri.. Aku copy paste kat cni lak supaya aku and sapa2 yang lain leh baca.. (p/s : especially kpd yg jadi someone spesel aku lah.. heee :) )




PEREMPUAN MMG BEGINI 
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Thursday, May 19, 2011

Dot..Dot..Dot..

Ok , akibat aku xboleh tido aku  nak menulis.. tapi nak menulis apa eh?? hmmm.. Ok2.. ada cerita sebenaqnya..
Ari selasa aritu.. kan cuti wesak.. aku pon bercuti.. wah2.. seronok.. p mandi manda bersama rakan2 yg baru dikenali.. Ney suma gara2 makcik kinah nget2 tu nak sgt ikowt apit lai dia.. last2 aku jadi mangsa.. Segan gila lah.. Isk.. Tapi apa2 pon memang enjoy lah.. :)


Dah lama kowt xp bermandi manda cm tu.. lama2 skali p mmg best la.. :) p tu sekadar suka2 ja.. xdak niat nak cari jodoh ka apa taw.. 


Selain itu.. aku dapat menenangkan fikiran aku yang tengah serabut + serabai ney.. dgn result yg ntah apa2.. dgn nak interview.. dgn nak apply sinun apply sinin.. Elok lah jugak aku p sana tu kan..


ney candid by apit lai.. tq :)

ntah apa2 la makcik tu.. isk2.. hahaha :D


Sunday, April 10, 2011

Thinking thing...

Aishh.. kadang2 duduk.. dok terpikir pasai MRI.. kalo xdak apa2 doktor aku nak buat appointment utk buat benda alah tue.. uiii.. takowt lahhh... apa lah rasanya eh.. baru ney aku ada tnya kakak ney.. dia SLE jugak.. dia kata ada pening2 and muntah2 jugak.. ee... takott...

Rupanya mcm ini laa... dok dlm benda alah tue.. ee... boley ka aku ney?? aishhh :(

Saturday, April 9, 2011

Back Again!

Dah lama tak menulis.. skang nak tulis balik..

Wah2.. hidup aku sekarang.. tak tau nak cakap mcm mana.. kadang kala enjoy, kadang kala tidak..

Tentang cinta pula.. tak ada sesiapa yg terpahat dalam hati ini.. walaupun kadang2 hati memberontak nak memiliki.. tapi mungkin bukan masanya.. I just wait and see.. and Follow the Flow...

Suka pula aku letak picture2 sedih kat FB.. tak tau la kenapa.. huhu.. ney ada salah satu gamba yang aku letak..

 yang ney letak, sebab sempena walk a payung.. tapi ada jugak makna yang sebaliknya.. huhu.. hanya aku yang tawu..

yang ney lak masa agak kekecewaan :)

Friday, March 4, 2011

Secara Tiba - Tiba & Tidak Sengaja

Tidak ku duga mengapa begini.. (wah dh mcm lagu nasir wahab.. hahaha)
Tengah syok2 on9 dia tegoq.. isk aku agak gusar nak menjawab.. last2 aku buat icon :) ja.. tu pon dia nak chat lagii... ish perlu ka MR. RJ oi.. saya ney dh mcm apa pikir awak taw.. kenapa tiba- tiba awak muncul? saya tgh cuba lupa kan awak.. jgn la muncul.. saya x suka.. hmmm :(
Saya xmau bagi harapan lagi kat awak.. sebab saya terlalu sakit.. TQ awak! 

Sunday, February 27, 2011

End of chapter again..

Ades.. sadis lagii... baru nak bagi new commit dah terbabas balik.. mungkin xda jodoh agaknya kan.. nak wat cm na.. xperlu la aku nak menangis.. esok lusa lupa la tue.. maklum la.. aku kan pelupa sekarang..
Terima kasih awak sebab buat hati saya mcm pic kat bawah.. saya terima apa adanya... :) (senyum jugak walaupun xboley nak senyum sgt..)

Thursday, February 3, 2011

Lupa + Lupus = Terus Terlupa !

Ish.. dah 2 ke 3 bulan dah ney.. asyik terlupa ja.. makan kepala ikan banyak sangat ka? tapi aku x minat pon kepala ikan.. aishhh.. apa sebab? effect ubat ka?? mungkin jugak.. ades... hmmm :(

Friday, January 7, 2011

New Year + New Commit + New Environment..

Haih dah lama xupdate an.. ok la today nak update.. hehehe :)
skang dah masuk hari ke 7 dlm tahun 2011... sekejap je masa berlalu.. hmm.. sakit pon dah genap setahun.. belajar pon dah masuk sem3.. next sem dah nak kuaq ke dunia luaq.. Hope can handle it.. :)

Now aku dh ada new commit.. aku harap new commit ney boley la ubah hidup akuu.. Aku dh dpat apa yg aku nak dan aku hajati.. Hope that thing can be mine forever and HE also can be mine for forever jugak! :)
I'm just follow the flow... But i always hope that the HOPE can be forever and ever.. not just meet me on half way...

So far.. life ok and gud2 ja.. cuma aritu ja agak terTOUCHING.. now dah ok.. dah kembali normal.. :)
Semakin hari aku semakin nampak kebahagiaan.. and nampak cahaya dlm hidup..
Aku harap ini adalah satu RAHMAT dari ALLAH SWT... Syukur sgt... :)