Saturday, May 28, 2011

Sedang2 usha..

Tadi sedang2 on9.. buka wall Persatuan SLE.. mmg selalu dok buka.. Ada la sorg patient ney.. dia kena buat "Lumbar Puncture" (tu nama saintifik) kalau bahasa biasa kita ney nak kena ambil air tulang belakang..
Uwww... serammm aku dgq.. Dia punya procedure pun dah gerun nak tgkk.. Takutt... :(

Benda ney kena buat kalau penyakit tu xbleh di detect melalui ujian darah.. so kena la ambil air tulang belakang tu.. Mcm aku buat renal Biopsy dulu la.. kena ambil jugak sebab nak taw stage SLE aku.. Mula2 tu resah jugak la kan.. tapi lepas selesai semua.. alhamdulillah aku di tahap yg selamat.. Amin.. :)

Harap2 kawan SLE tu selamat lah nak buat procedure tu.. amin..

Ney pic yg aku leh upload..


Ney procedure "lumbar puncture"

ney procedure "renal biopsy"

Out of Mind..

"Semalam saya jatuh Cinta, Tetapi hari ini saya terpaksa lupakannya" -
Tu la ayat yang aku post kat Wall FB aku.. dah xtaw nak tulis apa lagi.. Setiap kali on9 mesti nak post something yg ada kaitan dgn tragisnya cinta ku.. huhuhu..



Ok lah! Abaikan yg tu.. Semalam jugak aku terlupa nak makan ubat.. TerMISSED.. bukan sengaja.. letih sgt travel jauh.. balik tu tertidoq.. Pagi tadi bangun mula sakit2.. Auchh.. :(

Sunday, May 22, 2011

Update!

Hmm.. sedang2 on9 fesbuk terbaca kat wall member aku sowg ney.. menarik jugak artikel dia.. Mcm kena ja ngn diri.. Aku copy paste kat cni lak supaya aku and sapa2 yang lain leh baca.. (p/s : especially kpd yg jadi someone spesel aku lah.. heee :) )




PEREMPUAN MMG BEGINI 
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.  
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Thursday, May 19, 2011

Dot..Dot..Dot..

Ok , akibat aku xboleh tido aku  nak menulis.. tapi nak menulis apa eh?? hmmm.. Ok2.. ada cerita sebenaqnya..
Ari selasa aritu.. kan cuti wesak.. aku pon bercuti.. wah2.. seronok.. p mandi manda bersama rakan2 yg baru dikenali.. Ney suma gara2 makcik kinah nget2 tu nak sgt ikowt apit lai dia.. last2 aku jadi mangsa.. Segan gila lah.. Isk.. Tapi apa2 pon memang enjoy lah.. :)


Dah lama kowt xp bermandi manda cm tu.. lama2 skali p mmg best la.. :) p tu sekadar suka2 ja.. xdak niat nak cari jodoh ka apa taw.. 


Selain itu.. aku dapat menenangkan fikiran aku yang tengah serabut + serabai ney.. dgn result yg ntah apa2.. dgn nak interview.. dgn nak apply sinun apply sinin.. Elok lah jugak aku p sana tu kan..


ney candid by apit lai.. tq :)

ntah apa2 la makcik tu.. isk2.. hahaha :D