Tuesday, December 4, 2012

Adam Hawa

entry kali ney pasai ADAM HAWA.. Skang ney femes gila pasai cita ney dekat Astro.. Selain Astro dekat facebook, twitter suma org dok sembang pasai cita ney.. Even kat poly pun classmate aku dok cita pasai ney.. Aku ney ja yg agak ketinggalan.. Kesian kat aku kan? huhuhu..
Ney la cita ADAM HAWA yg dimaksudkan.. Aku taw lama dah pasai novel ney...Tapi xpernah baca pun.. Seingat aku, novel ney kuar masa tu aku dok sekolah lagi.. Penulis novel ney memang femes.. Aku pernah baca karya penulis novel ni iaitu AISYA SOFEA 1 ja.. tajuk dia 'JENDELA HATI'.. Seumur hidup aku baca novel, novel karya AISYA SOFEA ney la yg paling best.. Tapi sadisnya ADAM HAWA ney xtergerak hati plak nak baca kan...

Tapi bagoih jugak.. dalam aku xtergerak hati nak baca.. depa buat drama trus.. so aku xpayah beli novel.. just tgk drama ja.. hahahah.. senang cerita.. xpayah nak susah2 paham kalo mmg xpaham bila baca kan?  

Serious aku cakap.. aku mmg xtaw apa pasai drama ney.. Kwn2 aku suma dok hasut suruh tgk.. aku ckp la.. umah aku mana ada astro.. so buat apa aku nak layan.. Pastu mula depa kata.. "rugi hang fariha.. cita ney best.. the ever.. " aku malas layan aku kata.. hahahaha (keras ati betoi..) 

Dah selalu sgt kwn2 dok hasut aku.. last2 aku pun berlembut hati nak tgk... sehari lepas hbs paper.. aku try search on9.. cari link punya cari.. terjumpa la link ney http://moviefilmvideotvmalaysia.blogspot.com/2012/08/adam-dan-hawa.html .. haa.. mmg full episod dok ada.. aku tgk dari 1 episod ke 1 episod.. last2 aku addict woiiiii.... tiap2 malam aku marathon...  BEST GILA rupanya.. Xsia2 hati aku lembut.. hahahahah..

Sedaq xsedaq.. 57 episod dh hbs.. and finally aku mmg suka kat nadia nissa' ney berganding dgn hero malaya aaron aziz.. sweet kot.. huhu... 



p/s : I want my adam like adam mukhriz.. and i will be a good hawa like ain hawani..complete my adam life perfectly.. InsyaAllah.. Allah akan permudahkan suatu ari nanti.. Kita hanya mampu berdoa.. :)
And.. aku rasa aku kena beli novel ni 1 simpan.. hahahahahah :D 

Friday, November 2, 2012

Agak bernasib malang T.T

22102012.. Agak bernasib malang pada pagi Isnin di Hadapan hospital Seberang Jaya.. Akibat lambat, nak cepat, degil (walau dah tau benda tu salah).. Orang tua2 dah selalu pesan, jangan dok buat jangan dok buat.. aku buat jugak.. memang padah la jawab dia..

Ditahan oleh seorang abang berbaju putih yang hensem.. Terkesima dgn ayat 'selamat pagi'... terpaku seketika.. Tidak mampu berkata apa2.. Sekeping 'surat cinta' diberi..

Ney haaaaaa 'surat cintanya'..  
 




# dah banyak kali dapat pesanan jgn dok buat kesalahan di jalan raya.. tp aritu aku ingkar.. mmg ney la padah aku dapat.. RM300 baq hang!! Menangeh aku tgk.. Jenoh cari duit.. wuwuwuwuwuwuwuwu T.T..
#kesimpulan : JANGAN MELANGGAR PERATURAN JALAN RAYA.. Nanti kena SAMAN 

Saturday, October 27, 2012

Sekiranya 'dia' jodoh ku...

"Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan… Dia bukan milikku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… Agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan Ya Allah yang tercinta… Gantilah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya… Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… Kerana Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini… Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... Amin... Ya Rabbal A’lamin..."

#makbulkanlah doaku YaRabb.. Sesugguhnya kau MAHA mengetahui hatiku ini.. ~

Saturday, September 22, 2012

Pulau Sayak again!

Semalam 22sept2012.. pulau sayak again! yayyy.. sangat seronok..Benda kalau UNPLANNED memang best.. Memang tak plan pun.. Habis je class Tax kat poly semalam terus shoot ke sana dengan 2 biji kereta.. Sambil tu bawak la kawan2 KL ney p jenjalan sekali.. maklumla depa kan xbesa..

Tujuan p sana nak makan mee udang and mee ketam ja.. Tapi ada rezeki kami.. dapat naik bot and p island Hoping.. wah! sgt teruja dan sgt seronok..

Lagi seronok bila tgk KAWAN2 TERCINTA seronok.. :)

while waiting me udang  



Atas bot island hoping



jeng3


Sunday, September 9, 2012

Sakit vs Sebak

Sebak hati aku bila sampai umah tgk ada org OKU (org kelainan upaya) ada dlm umah and tgh makan nasi. Org yg aku maksudkan ney bukan la org lain ngn aku pun.. dia ney wife anak angkat mak aku. Sakit dh almost 8 tahun. Punca sakit, lepas deliver baby pastu kena demam panas and terus jd tarik and kejang kaki tgn. Sedih aku tgk keadaan dia. Tak dpt gambarkan if jadi kat aku. Husband dia sgt kuat n sanggup jaga wife dia yg tgh sakit ney. Husband dia sanggup xkeja sebab nak jaga wife dia. Sometimes bt la keja luar tp x la lama sebab xsanggup nak tggal wife dia.

Aku balik tgh hari ney pun sebab aku period pain. Tak tahan sgt dh nak tggu kat khemah konvo. Takut pengsan. so better balik umah terus. Dah sampai umah, once aku tertgk. hilang terus sakit aku. Seriously sangat sebbak.. and aku mengalirkan air mata dlm mengenangkan kak yati(aku pggl kak yati n husband dia abg anuar). Aku dpt rasakan keperitan sakitnya lebih teruk dari period pain aku. Aku sgt respect husband dia.. mmg seorang lelaki yg begitu setia and sanggup berkorban apa saja.

Dah hilang sakit aku, tak boleh nak tidoq s0 aku share kat blog la benda ney.. aku harap suatu ari nanti if aku jadi mcm kak yati, harap2 la pemilik tulang rusukku mampu utk menjaga diriku. Sebab aku kata mcm ney bukan aku nak berdoa aku jadi mcm kak yati. Tapi aku mempunyai risiko dalam menghadapi suma ney sekiranya SLE aku flare. Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan utk meneruskan hidup dan bersedia menghadapi segala ujianMu ya Allah.. Aminnn~

Tuesday, August 21, 2012

Raya dan Raya

Hari ni dah 3syawal.. hari ni baru berkesempatan keluaq p beraya umah kawan and jumpa kawan lama yg hampir 10 tahun xjumpa.. masa keluaq p beraya hari ni.. Aku n 2 lagi kawan aku p beraya umah cikgu lama kami.. Cikgu kami tu pernah ajaq kami masa darjah 4.. Bayangkan masa darjah 4 umoq berapa.. la ney dah 21 tahun.. Hampir2 11 tahun xjumpa.. Hari ni tergerak hati2 kami ney nak p umah cikgu.. Sempat la bergambaq dgn cikgu.. Rasa sempurna raya hari ni bila dapat jumpa cikgu.. :)

Aku, Cikgu and kawan aku (nazri)

Kawan aku hampir 10 tahun xjumpa (hasbullah), cikgu n aku
 




 Sebelum kami balik, cikgu sempat bagi duit raya kat kami.. Terima kasih cikgu!

Friday, July 27, 2012

Ramadhan datang lagi.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menyambut ramadhan bersama org tersayang.. Sedaq x sedaq dh tahun ke 3 Ramadhan bersama SLE.. Syukur Alhamdulillah, banyak perubahan telah berlaku.. Semakin hari rasa semakin sihat berbanding tahun2 lepas.. Harap sgt tahun2 kedepan pun terus sihat dan sembuh dari SLE ney.. InsyaAllah.. :)

So far.. appointment aku last month.. on 21 June 2012.. Result sgt memuaskan.. Doctor kurangkan Prednisolone dari sebiji (1) ke setengah biji (1/2)... Alhamdulillah.. Syukur sgt2.. Kalo nak ikutkan nak buat kronologi makan prednisolone sepanjang 3 tahun ney, mmg beRIBU2 dah dalam badan... Sepangjang Ramadhan saja.. bnyk ney ha yg makan..

2009 - 8 biji
2010 - 3 biji
2011 - 2 biji
2012 - 1/2 biji (Alhamdulillah :))

Harap sgt dos ney akan terus berkurang.. and next year boleh sambut Ramadhan tanpa ubat lak.. InsyaAllah.. Amin..~

ok la.. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.. ~~


Monday, May 7, 2012

Dental vs Dentist

Lamanya xmenulis.. berhabuk dah blog ney.. nak kena polish bagi kilat balik.. hahahah.. busy sikit lately.. xdan nak menjenguk blog ney.. lagipun xdak cerita nak diceritakan.. sebab keadaan diri tetap sama seperti dulu dan aritu..

ok.. ada new story.. new story ney.. aku p jumpa dentist.. maklumla penjagaan oral x baik.. so ada la tooth decay sikit.. so far xdak la kritikal mana sgt.. tapi bila dh 10 tahun sekali p jumpa dentist memang agak ketaq jugak la kan.. sejuk tangan2 ney nak masuk bilik gigi tu.. takut punya pasal..

secara jujurnya aku memang x suka doctor gigi.. doctor gigi lah doctor yg aku paling takut since aku budak lagi.. bila ckp pasai gigi ja.. aku sanggup tahan n cabut gigi sendiri drpd nak p cabut kat klinik.. haha.. dahsyat kan? tapi hakikatnya tu la yg terjadi..

ok.. masa p jumpa dentist tu tujuannya nak cuci gigi.. maklum la.. dh lama makan prednisolone.. so 'plak' pun dh bnyk.. and di nasihatkan utk cuci gigi @ flossing.. bukan utk apa.. utk kebersihan mulut, gusi dan gigi jugak..  tapi dalam kes aku ney.. kena buat berperingkat.. aku x leh terus cuci.. sebab ada tooth decay.. so terpaksa la tampal bg hbs dl.. pastu baru boleh cuci..

utk kawan2 yg ada SLE mcm aku ney.. utk PERINGATAN ya.. nak pesan ney.. tolong bgtaw kat dentist tu yg kita ada SLE ok.. sebabnya ia perlu diberitahu.. jgn nak sembunyi sgt.. cerita ja kat doctor tu.. so sekurang2nya dia boleh bg nasihat utk kita bt rawatan oral yg macam mana.. aku dah p 2 tempat klinik gigi.. and aku cerita kat doctor yg aku ada SLE.. so.. doctor pun boleh dpt trace sebab apa kita nak cuci gigi or nak bt rawatan oral..

so far.. lepas dh bt rawatan.. gigi rasa lebih sihat.. jaga gigi ya kawan2.. jgn jadi mcm aku.. susah sikit @ malas sikit nak menjaga.. tapi once dh sakit.. baru ada kesedaran nak jaga.. hehehe

ok la.. smpai sini dl kot.. nanti aku update lagi ya.. adiosss *big hug*