"Everything in life is temporary, because everything changes. That's why it takes great courage to love, knowing it might end anytime but having the faith it will last forever."
Saturday, October 27, 2012
Sekiranya 'dia' jodoh ku...
"Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi… Dan Ya
Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup
ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Tetapi Ya Allah… Seandainya
telah Engkau takdirkan… Dia bukan milikku… Bawalah ia jauh dari
pandanganku… Luputkanlah ia dari
ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Serta Ya Allah Ya
Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar
bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… Agar
aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan Ya Allah yang
tercinta… Gantilah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya… Ya Allah Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau
takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini… Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan
dari hamba Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di
dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan
kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya
aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang
Engkau redhai… Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... Amin...
Ya Rabbal A’lamin..."
#makbulkanlah doaku YaRabb.. Sesugguhnya kau MAHA mengetahui hatiku ini.. ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment